KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
A blog of all section with no images
TAKLIMAT & SESI DIALOG DENGAN AHLI KPPK/NUTP DAERAH PONTIAN Print E-mail

TAKLIMAT & SESI DIALOG

DENGAN AHLI KPPK/NUTP DAERAH PONTIAN

Tarikh          :      4 April, 2009 ( Sabtu )

Masa            :      8.00 malam - 10.00 malam

Tempat        :      Hotel Pontian, Pontian.

Semua ahli KPPK/NUTP Daerah Pontian adalah dijemput hadir untuk taklimat PTK & sesi dialog ini. ( Wakil Sekolah diminta pamirkan notis ini di bilik guru. Terima kasih )

 

Penukaran Skim KWSP Ke Skim Pencen Print E-mail

Berikut adalah suatu persembahan Microsoft PowerPoint berkenaan dengan penerangan penukaran skim KWSP ke skim Pencen.

Sila klik di sini.

KEMUDAHAN PEMBAYARAN PREMIUM - AHLI BERSARA Print E-mail

 Puan Lok Yim Pheng

Setiausaha  Agung

18hb February 2009

Puan,

Per : Kemudahan Pembayaran Premium Melalui FPX Untuk Ahli Yang Telah Bersara

Perbincangan diantara pihak puan dan pihak Great Eastern pada 29/01/2009 dirujuk.

Sila ambil perhatian bahawa semua ahli NUTP yang telah bersara adalah diharuskan untuk membuat pembayaran premium melalui potongan FPX (Financial Process Exchange) berkuatkuasa 01/06/2009.
FPX merujuk kepada sistem pembayaran premium yang dibuat melalui pihak ketiga iaitu bank. Kesemua ahli yang merupakan pemegang akaun bagi mana-mana bank yang disenaraikan dalam konsortium  MEPS (rujuk lampiran yang disertakan) adalah layak untuk menikmati kemudahan FPX.

Sekiranya ahli tidak memiliki akuan bank dari konsortium MEPS, mereka masih boleh berbuat demikian dan permohonan FPX boleh dibuat sejurus selepas membuka akaun di bank yang berkaitan.

Pembayaran premium melalui FPX untuk ahli yang telah bersara adalah penting bagi memastikan kelancaran pembayaran premium bulanan dan mengelakkan risiko polisi luput. Atas alasan ini, Great Eastern telah memutuskan untuk tidak menerima pembayaran premium yang dilakukan secara tunai/cek atau sebarang cara selain dari FPX.

Sekiranya pihak puan mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi kami di talian 03-48133801 dan kami sudi menghadirkan diri untuk perbincangan yang lebih lanjut.

Adalah menjadi harapan kami agar pihak puan dapat menghulurkan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan keberkesanan langkah di atas yang diambil demi manfaat semua pihak. Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

Janet Chin   (Pengurus Besar Pemasaran/Bahagian Insurans Berkelompok)

 

Read more...
PEMILIHAN PEMAIN PESTA SUKAN NUTP Print E-mail

Kepada :

Semua Ahli KPPK Cawangan Johor

Melalui :

Semua Wakil Sekolah KPPK Cawangan Johor.

 

Saudara/saudari,

Pemilihan Pemain Pesta Sukan NUTP

Sukacita dimaklumkan bahawa KPPK Cawangan Johor adalah dalam usaha mencari pemain untuk Pesta Sukan NUTP yang akan diadakan di Perak pada 31 Julai, 2009 hingga 2 Ogos, 2009 bagi mewakili KPPK Cawangan Johor.

Sehubungan dengan itu, jenis pemainan sukan yang akan dipertandingkan adalah Bowling (Lelaki & Perempuan), Bola Tampar (Lelaki & Perempuan) dan  Bola Jaring. Untuk itu, satu pemilihan pemain akan diadakan ditempat-tempat berikut : -

   

Bowling (Lelaki & Perempuan)

Tarikh    :   15 Mac, 2009 (Ahad)

Tempat  :   Summit Bowl, Batu Pahat.

Masa      :   2.00 petang

Bola Tampar (Lelaki & Perempuan) 

Tarikh     :   15 Mac, 2009 (Ahad)

Tempat   :   Gelanggang Tertutup Bola Tampar (MCA Kampung Merdeka, Batu Pahat.) 

Masa      :   2.00 petang

Bola Jaring 

Tarikh     :   15 Mac, 2009 (Ahad)

Tempat   :   Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Masa      :   4.00 petang.

 

Harap maklum bahawa semua perbelanjaan perjalanan adalah ditanggung sendiri.

Sekian, terima kasih.           

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 65 - 72 of 88
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.