KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
A blog of all section with no images
Isu-isu Baru Mengenai Beban Tugas Guru Print E-mail

Bersama ini disertakan borang untuk mendapatkan maklumat mengenai isu-isu baru mengenai beban tugas guru. Sila kemukakan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat KPPK selewatnya sebelum 15 Januari 2013 untuk tindakan selanjutnya.

 Sila klik di sini untuk muat turun surat dan borang

TAKLIMAT & SESI DIALOG - DAERAH PASIR GUDANG Print E-mail

TAKLIMAT & SESI DIALOG

DENGAN AHLI KPPK/NUTP DAERAH PASIR GUDANG

Tarikh        :     2 Februari 2013 (Sabtu)
Masa          :     8.00 malam - 10.00 malam
Tempat      :     Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor.

Semua ahli KPPK/NUTP Daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru adalah dijemput hadir untuk taklimat & sesi dialog ini .  (Wakil Sekolah diminta pamirkan notis ini di bilik guru.  Terima kasih)

PERATURAN PENCALONAN: NOTIS PERSIDANGAN CUEPACS BAHAGIAN JOHOR Print E-mail

Kepada  :    Semua Ahli  KPPK Cawangan Johor.

 

 PERATURAN PENCALONAN
NOTIS PERSIDANGAN CUEPACS BAHAGIAN JOHOR


Notis adalah diberi bahawa Persidangan CUEPACS Bahagian Johor akan diadakan pada bulan Jun 2013.

Pencalonan untuk menjadi Wakil Persidangan mewakili KPPK Cawangan Johor seramai 30 orang dibuka dan pencalonan mesti dibuat dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh KPPK Cawangan Johor.

Borang Pencalonan ini mesti ditandatangani oleh seorang pencadang dan seorang penyokong yang merupakan ahli-ahli berhak dan mesti mengandungi izin berlafaz calon bertanding.  Majlis Cawangan berhak menolak sebarang borang pencalonan yang pada pendapatnya tidak diisikan dengan sempurna atau dicadang/disokong oleh ahli-ahli yang tidak berfaedah/bukan ahli.

Borang pencalonan boleh di dapati terus daripada Setiausaha Kehormat KPPK Cawangan Johor atas permintaan.  Semua borang pencalonan yang disempurnakan mesti sampai ke Pejabat KPPK Cawangan Johor sebelum jam 5.00 petang pada 18 Januari 2013.  Borang pencalonan yang diterima lewat daripada tarikh ini tidak akan dilayan.  Ahli-ahli dinasihatkan menghantar semua surat mengenai urusan ini dengan pos berdaftar.

Sekian, harap maklum.

 

Yang menjalankan tugas,

(TEY MENG SENG, A.M.N)
Setiausaha Kehormat
KPPK Cawangan Johor

 Sila klik di sini untuk muat turun surat rasmi.

TAKLIMAT & SESI DIALOG - DAERAH KOTA TINGGI Print E-mail

TAKLIMAT & SESI DIALOG

DENGAN AHLI KPPK/NUTP DAERAH KOTA TINGGI

Tarikh           :     19 Januari 2013  (Sabtu)

Masa              :     8.00 malam - 10.00 malam

Tempat          :     Hotel Mayres,  Kota Tinggi.

Semua ahli KPPK/NUTP Daerah Kota Tinggi adalah dijemput hadir untuk taklimat & sesi dialog ini. (Wakil Sekolah diminta pamirkan notis ini di bilik guru.  Terima kasih)

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 17 - 24 of 96
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.