KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti arrow Latest News arrow SKIM BAYARAN PAMPASAN EX-GRATIA BENCANA KERJA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
SKIM BAYARAN PAMPASAN EX-GRATIA BENCANA KERJA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM Print E-mail

SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Skim Ex-Gratia bencana kerja adalah satu lagi bentuk kemudahan yang di peruntukkan oleh Kerajaan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan semasa berada di dalam tugas rasmi. Di bawah skim ini anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang di timpa kemalangan atau mendapat kecederaan termasuk yang teraniaya oleh anasir-anasir jahat ketika menjalankan tugas rasmi boleh dipertimbangkan oleh satu jawatankuasa Panel-Panel Pegawai yang ditubuhkan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk mendapatkan bayaran pampasan.

PERATURAN YANG DIGUNAPAKAI

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13/1994

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/2001

SIAPA LAYAK MEMOHON

  • Semua anggota tetap, kontrak dan sementara Perkhidmatan Awam dan
  • Mereka yang mengalami bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi
  • Bagi kes kematian, waris perlu membuat tuntutan manakala bagi pegawai yang mendapat kecederaan hingga ke tahap hilang upaya kekal  adalah menjadi tanggungjawab pegawai itu sendiri mengemukakan tuntutan melalui  Ketua Jabatannya dengan di sokong oleh lain-lain dokumen termasuk laporan perubatan.  Selain itu, Ketua Jabatan berperanan memaklumkan kepada anggotanya serta waris berhubung kemudahan ini dan juga memastikan lain-lain dokumen sokongan di kemukakan.

TAKSIRAN BENCANA KERJA

  • Kemalangan atau kecederaan yang di sebabkan oleh anasir-anasir jahat yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi
  • Kemalangan atau kecederaan yang berlaku diluar kawalan semasa menjalankan tugas
  • Penyakit Khidmat yang kerana jenis tugasnya menyebabkan dirinya terdedah.
  • Tidak termasuk percubaan membunuh diri, bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada penyakit di hidapi seperti penyakit jantung, lelah dan sebagainya.

TAFSIRAN TUGAS RASMI

  • Tugas jawatan dan termasuk perjalanan lazim yang munasabah dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya.

             3 CIRI UTAMA

  1. Tempoh

             -  bermula dengan perjalanan dari tempat kediaman ke tempat bertugas sehingga sampai balik ketempat kediaman dan termasuk perjalanan pergi/balik pada waktu makan yang diluluskan.     

  • Tempat Bertugas

             -  mana-mana tempat bertugas yang di arahkan oleh Ketua Jabatan

  1. Perkara

             -  tugas yang berkaitan dengan tugas Jabatan termasuk menghadiri Kursus yang di arah atau di benarkan

CARA MEMOHON

Borang BTX dikemukakan kepada Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam  &  Khidmat Pengurusan Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan masing-masing.  Dokumen-dokumen yang perlu di sertakan :-

-  Kenyataan Perkhidmatan

-  Laporan Polis dan Penyiasatan Polis

-  Laporan Perubatan/ Sijil Kematian

-  Dokumen bukti orang tanggungan/ Sijil Nikah/ Kad Pengenalan/ Surat Beranak Anak

        

<Previous   Next>
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.