KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti arrow Latest News arrow Seminar 4 Bahasa 2018
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Seminar 4 Bahasa 2018 Print E-mail

Ruj. Kami : ( 1 )dlm.KPPK(J)/08/10(17-20)
Tarikh : 1 Jun 2018.

Kepada:
Semua Ahli KPPK Cawangan Johor

Melalui:
Semua Wakil Sckolah

Saudara/Saudari.


Seminar 4 Bahasa 2018 (Bahasa Melayu/Inggeris/Cina/Tamil)


Sukacita dimaklumkan bahawa KPPK Cawangan Johor akan menjalankan Seminar 4 Bahasa 2018 (Bahasa Melayu/lnggeris/Cina/Tamil) seperti ketetapan berikut :
Tarikh    1 hingga 2 September 2018.
Tempat : Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor.

2.    Permohonan penyertaan adalah dibuka kepada ahli-ahli KPPK Cawangan Johor yang berminat, sib lengkapkan borang jawapan yang dilampirkan dan kembalikan kepada Pejabat KPPK Cawangan Johor dengan melampirkan bersama sekeping cek/bank draft bernilai RM 200.00 atas nama KPPK Johor (akan dikembalikan pada hari pendaftaran). Penggunaan selain dari cek/bank draft tidak akan diterima.

3.    KPPK Cawangan Johor akan menyediakan alat tulis, makan/minum dan penginapan. "Penginapan adalah untuk peserta seminar dari luar daerah Batu Pahat sahaja".

4.    Pemilihan peserta adalah tertakluk kepada ‘siapa cepat, dia dapat'. Walaubagaimanapun, KPPK Cawangan Johor berhak membuat pilihan. Hanya mereka yang terpilih akan dihubungi kelak. Harus diingat bahawa peserta yang terpilih TIDAK BOLEH membawa ahli keluarga bersama. Tiada penginapan bersama bagi peserta berstatus ‘suami-isteri'.

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 30 Jun 2018.

Yang benar,
 
(TEE W MENG)
Setiausaha
KPPK Cawangan Johor




Sila klik id sini untuk muat turun borang





<Previous   Next>
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.