KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti arrow Latest News arrow Pertandingan Ten Pin Boling
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Pertandingan Ten Pin Boling Print E-mail

Bil. Kami : ( 1 )dlm.KPPK(J)/sukan.nutp 2018
Tarikh : 1 Jun 2018

Kepada
Semua Ahli KPPK Cawangan Johor

Melalui:
Semua Wakil Sekolah
KPPK Cawangan Johor.

Saudara/Saudari,

PERTANDINGAN TEN PIN BOLING
Sukacita dimaklumkan bahawa KPPK Cawangan  Johor adalah dalam usaha mencari pemain
untuk mewakili KPPK Cawangan J ohor ke Pertandingan Ten Pin Boling Peringkat Kebangsaan
Tahun 2018 (Pasta Sukan NUTP 2018).

2. Untuk itu, satu pertandingan Ten Pin Boling akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : 30 Jun 2018
Tempat : Ampang Bowling KluangyMall, Kluang, Johor.
Masa : 10.00 pagi

3. Pertandingan Ten Pin Boling dibahagikan kepada 2 kategori,iaitu kategori lelaki dan kategori
perempuan. Pertandingan dijalankan sebanyak 3 game bagi 1 individu,1elaki atau perempuan.
Peserta yang bertanding perlu membayar wang sebanyak RM35.00 dan kasut (jika perlu)
sebanyak RM3.00. Peserta juga perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM20.00, atas
nama KPPK Johor bagi menjamin penyertaan. Borang pendaftaran harus dihantar ke pejabat
KPPK Cawangan Johor sebelum 23 Jun 2018.

5. Pemenang tempat pertama hingga ke empat bagi kedua-dua kategori akan terus dipilih
mewakili KPPK Cawangan Johor ke Pesta Sukan NUTP Peringkat Kebangsaan 2018 di Pulau
Pinang.

Kepada yang berminat sila hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan . Harap maklum bahawa semua perbelanjaan perjalanan adalah ditanggung sendiri.
Sekian, terima kasih.


Yang benar

(TEE WE MENG)
Setiausaha
KPPK Cawangan Johor

 

Sila klik id sini untuk muat turun borang

 

Next>
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.