KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti arrow Latest News arrow UMUR LAYAK DIBERI PENCEN BAGI ANGGOTA YANG BERSARA PILIHAN
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
UMUR LAYAK DIBERI PENCEN BAGI ANGGOTA YANG BERSARA PILIHAN Print E-mail

Di bawah seksyen 12, Akta Pencen 1980, pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 yang bersara pilihan ("retire optionally") akan hanya diberi pencen pada tarikh mencapai umur persaraan wajib yang terpakai baginya, iaitu sama ada pada umur 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, mengikut terma dan syarat pelantikan atau opsyennya.  Walau bagaimanapun,  ganjaran  dan wang tunai sebagai gantian cuti rehat akan diberi ketika beliau bersara pilihan. Sebagai penjelasan,  12 April 1991 ialah tarikh berkuat kuasanya pindaan Akta Pencen 1980 yang memperuntukkan pemberian pencen kepada pesara pilihan pada tarikh mencapai umur persaraan wajib.

Sekiranya seseorang pegawai itu pernah dilantik sebelum pelantikan terkini, dan beliau telah meletakkan jawatan ("resign") daripada pelantikan asal itu, tarikh pelantikan " pada atau selepas 12 April 1991" yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan kedua.  Ini adalah kerana beliau dilantik semula atas terma dan syarat yang berkuat kuasa sehubungan pelantikan keduanya, yang mengatasi terma dan syarat berkaitan pelantikan asal itu.

 

Sekiranya tidak berlaku peletakkan jawatan antara dua pelantikan itu, tarikh pelantikan " pada atau selepas 12 April 1991" yang dimaksudkan ialah tarikh pelantikan pertamanya.

 

YEOW CHIN KIONG

Pengarah Bahagian Pencen
Jabatan Perhidmatan Awam
Malaysia 

 

Umur layak diberi pencen bagi anggota yang bersara pilihan

12 April 1991

=> Lantikan sebelum 12-4-1991

  • 45 tahun bagi
    • - pegawai perempuan
    • - Pegawai bomba yang berpangkat rendan dan ke bawah
    • - Pegawai polis yang berpangkat rendah daridapa Penolong Penguasa Polis
    • - Pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa dan     
    • - Jururawat lelaki di hospital mental
  •  50 tahun lelaki
    • - Pegawai lelaki selain daripada yang di atas

 

1 Oktober 2001

=> Lantikan pada atau selepas  12.4.1991  dan  sebelum  1.10.2001

  • 55 tahun ** ; atau
  • 56 tahun ** ; atau
  • 58 tahun * Tanpa mengira jantina  
    • *   Mengikut opsyen.
    • **  Berkaitan juga dengan P .P Bil.  3 Tahun 2001

 

=> Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 dan sebelum 1.7.2008

  • 56 tahun ; atau
  • 58 tahun Tanpa mengira jantina

 

1 Julai 2008

=> Lantikan pada atau selepas 1.7.2008

  •  58 tahun Tanpa mengira jantina

  

Rujukan berkaitan  :

1.  Seksyen 12, Akta Pencen 1980;    

2.  Seksyen 12, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980;

3.  Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1991;

4.  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001

<Previous   Next>
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.