KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti arrow Latest News arrow NPQH
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
NPQH Print E-mail

HALA TUJU PESERTA LULUSAN NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR HEADSHIP PROGRAMME ( NPQH ) INSTITUT AMINUDDIN BAKI / IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Dengan hormatnya saya merujuk surat puan Bil: (17) dlm : KPPK(IP)PP5/(05-08)/(19) bertarikh 28 Julai 2008 kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai perkara diatas.

2.     Sebagaimana yang puan sedia maklum, National Professional Qualification For Headship Programme (NPQH) atau sekarang dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) adalah merupakan latihan dalam perkhidmatan anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) yang diperkenalkan mulai Jun 1999. NPQEL merupakan satu program latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan bertujuan bagi melahirkan pemimpin pelapis sekolah yang cekap dan berketrampilan. Peserta yang mengikuti kursus ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dari Kumpulan Sokongan iaitu PPPS Gred DG41/44/48 dan PPPLD Gred DGA29/32/34.

3.     Faedah daripada kursus ini juga bagi peserta dari kumpulan P & P yang berumur kurang 40 tahun semasa dianugerahkan sijil NPQEL berpeluang mengikuti program Sarjana Kepengetuaan di Universiti Malaya selama setahun. Manakala peserta dari kumpulan Sokongan yang berumur kurang 40 tahun semasa memperolehi sijil NPQEL berpeluang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris selama dua tahun setengah. Setelah tamat pengajian, peserta akan ditempatkan semula ke sekolah-sekolah atau bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengikut gred masing-masing.

4.     Pada 20 November 2007, JPA melalui surat rujukan JPA(K)(S)241/84(52) telah mengiktiraf Sijil NPQEL sebagai memenuhi semua kriteria kompetensi Penilaian Tahap Kecekapan 3 dan 4. Memandangkan mereka juga akan mendapat markah tambahan sebanyak 2% bagi setiap kategori kursus yang dihadiri, maka guru-guru yang mempunyai kriteria tersebut akan memperolehi markah tambahan dan kelebihan serta akan layak dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat setelah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat KPM.

5.     Untuk makluman puan, jawatan Guru Besar di sekolah-sekolah KPM adalah PPPLD Gred DGA38, DGA34 atau DGA32 dan jawatan Pengetua adalah PPPS Gred DG52 atau DG48 berdasarkan kategori sekolah-sekolah yang berkaitan. Memandangkan peserta kursus NPQEL tidak dijanjikan untuk menyandang jawatan Pengetua atau Guru Besar di sekolah-sekolah KPM seperti surat tawaran di Lampiran A, maka isu yang dibangkitkan oleh Encik Azman bin Abdul Rashid adalah tidak berbangkit. Walau bagaimanapun, pengetahuan daripada kursus tersebut boleh digunakan untuk perkembangan kerjaya beliau apabila berpeluang untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pengetua.

Sekian.

 

<Previous   Next>
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.