KPPK Johor | Laman Utama arrow Berita/Aktiviti arrow Latest News arrow CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN 2010
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN 2010 Print E-mail

              

 

CUTI  BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN  2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga kalangan ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina ( 14 dan 15 Februari - Ahad dan Isnin ) 2010, Pesta Keamatan di Sabah dan WP Labuan (30 Mei - Ahad), Hari Gawai di Sarawak (1 Jun - Selasa), Hari Raya Aidilfitri (10 dan 11 September - Jumaat dan Sabtu) dan Deepavali (5 November - Jumaat). 

2.      Setelah meneliti permohonan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti  seperti berikut :

 

2.1    Kumpulan A – Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari  Jumaat dan   Sabtu.

                                A.   Tahun Baru Cina

Tarikh  CutiJenis  CutiTarikh  Ganti

16-2-2010  (Selasa)

Cuti  PeristiwaTak perlu ganti
17-2- 2010  (Rabu)Cuti  Berganti23-1- 2010  (Sabtu)
18-2- 2010 (Khamis)Cuti Berganti6-2- 2010  (Sabtu)
              

2.2     Kumpulan B – Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad 

                               A. Tahun Baru Cina

Tarikh  CutiJenis  CutiTarikh  Ganti
17-2- 2010 (Rabu)Cuti  PeristiwaTidak perlu ganti
18-2- 2010 (Khamis)Cuti  Berganti23-1-2010 (Sabtu)
19-2- 2010 (Jumaat)Cuti Berganti6-2- 2010 (Sabtu)

 

 

2.1      Kumpulan A – Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu.

                              B.  Hari Raya Aidilfitri 

Tarikh  CutiJenis  CutiTarikh  Ganti
12-9- 2010  (Ahad)Cuti  Berganti10-4-2010 (Sabtu)
13-9-2010 (Isnin)Cuti  Berganti24-4-2010 (Sabtu)

              

2.2      Kumpulan B – Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad 

                               B.   Hari Raya Aidilfitri

Tarikh  CutiJenis  CutiTarikh  Ganti
13 -9- 2010 (Isnin)Cuti  Berganti24-4-2010 (Sabtu)

2.1      Kumpulan A – Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu.

                               C.   Deepavali 

Tarikh  CutiJenis  CutiTarikh  Ganti
3-11- 2010 (Rabu)Cuti  PeristiwaTidak perlu ganti
4-11-2010 (Khamis)Cuti  Berganti7-8-2010 (Sabtu)

              

2.2      Kumpulan B – Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad 

                                C.    Deepavali 

Tarikh  CutiJenis  CutiTarikh  Ganti
3-11-2010 (Sabtu)Cuti  PeristiwaTidak perlu ganti
4-11-2010 (Khamis)Cuti  Berganti7-8-2010 (Sabtu)

3.     Cuti tambahan ini hendaklah digantikan pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan,  walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum  190  hari.  Sehubungan dengan ini,  pihak  Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dinasihatkan supaya meluluskan cuti peristiwa dan cuti  berganti tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan  kelulusan ini, tidak diberikan secara menyeluruh. Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah diarah supaya memantau pelaksanaan cuti  berganti ini.

4.     Sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab  di Jabatan Pelajaran Negeri,  Pejabat Pelajaran Daerah,  Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg.Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih

<Previous   Next>
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.