Kepada : Semua Ahli KPPK Cawangan Johor Saudara/saudari, Seminar 4 Bahasa
KPPK Cawangan Johor akan menjalankan Seminar 4 Bahasa iaitu Seminar Bahasa Melayu, Seminar Bahasa Inggeris, Seminar Bahasa Tamil dan Seminar Bahasa Cina secara berasingan tetapi serentak seperti berikut :- Tarikh : 2 & 3 Oktober, 2010 Tempat : Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor Penyertaan mesti dikepilkan dengan wang deposit sebanyak RM 100.00 (akan dikembalikan pada hari pendaftaran seminar) atas nama KPPK Cawangan Johor. Peluang dibuka kepada mereka yang belum pernah menyertai seminar ini sebelum ini. Mereka yang terpilih akan dihubangi kelak. Setiap seminar terdiri daripada 40 orang peserta sahaja. KPPK Cawangan Johor akan menyediakan alat tulis, makan dan minuman teh. Penginapan disediakan untuk peserta yang datang dari luar Batu Pahat sahaja. (muktamad). Tarikh tutup permohonan adalah 1/9/2010. Kepada saudara/saudari yang berminat, sila lengkapkan borang jawapan yang dilampirkan dan kembalikan dengan segera ke Pejabat KPPK Cawangan Johor. Sekian untuk makluman dan tindakan saudara/saudari. Terima kasih. Yang benar, (Tey Meng Seng) Setiausaha KPPK Cawangan Johor BORANG JAWAPAN Saya berminit untuk mentertai seminar : a) Seminar Bahasa Melayu ( ) b) Seminar Bahasa Inggeris ( ) c) Seminar Bahasa Tamil ( ) d) Seminar Bahasa Cina ( ) * Tanda_/pada seminar yang dipilih. Pilih satu sahaja. Nama : _________________________________________________________ Jantina : * Lelaki/Perempuan No. Telefon Bimbit : _______________________________ No. Ahli : ____________________ No. K/P : __________________________ (baru) Nama & Alamat Penuh Sekolah : ______________________________________ _________________________________________________________________ _____________________________ ________________________ Tandatangan Tarikh * Pangkah yang tidak berkenaan | |