Bil kami : (8)dlm.KPPK(J)/02/10 Tarikh : 11 April, 2011 Kepada : Semua Ahli KPPK Cawangan Johor Melalui : Semua Wakil Sekolah KPPK Cawangan Johor.
Saudara/saudari, Tabung Mangsa Gempa Bumi Dan Tsunami Jepun Pihak KPPK memohon jasabaik ahli-ahli KPPK Cawangan Johor dalam menghulurkan sedikit bantuan ikhlas untuk mangsa Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun tanpa paksaan. Beratus kanak-kanak dan guru-guru menderita di Jepun kerana Gempa Bumi dan Tsunami yang luar biasa. Semua derma haruslah dibuat di dalam bentuk cek atas nama KPPK Cawangan Johor. Sila kembalikan potongan borang di bawah bersama dengan cek yang lengkap kepada KPPK Cawangan Johor dengan kadar segera. Semua sumbangan yang diterima akan diserahkan kepada Tabung Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun melalui Education International. Sila hantarkan sumbangan saudara/saudari pada atau sebelum 15 Mei, 2011. Segala bantuan dan budi baik saudara/saudari amatlah dihargai. Terima kasih. Yang benar, (TEY MENG SENG, A.M.N.,) Setiausaha KPPK Cawangan Johor s.k.: Pengerusi KPPK Cawangan Johor ---------------------------------------SILA POTONG DI SINI--------------------------------------------------- BANTUAN EHSAN MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN Nama Penderma : ........................................................................................
Nama Sekolah : ........................................................................................
Jumlah Derma : ............................. Nama Bank & No. Cek : ............................
Yang ikhlas,
--------------------------------------- Tarikh : .............................. Tandatangan |