KPPK Johor |
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Laporan & Penyata Kewangan Tritahunan 2005/2008
KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN
CAWANGAN JOHOR
Wisma KPPK, No. 1 -11, Tingkat 1 & 2, Jalan Indah 2,
Taman Indah, Sg. Abong,
84000 Muar, Johor.
No. Tel.: 06-9512030 Fax :06-9520288
Bil. Kami :(12)dlm.KPPK(J)/MATT/2008-2011
Tarikh : 20 Mei, 2008.

Kepada:

Semua Wakil Sekolah
Daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Segamat, Kulai, Pontian & Johor Bahru/Pasir Gudang.

Saudara/Saudari,

Laporan & Penyata Kewangan Tritahunan 2005/2008

KPPK Cawangan Johor akan menjalankan Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke 18 2008-2011 pada 21 Jun, 2008 bertempat di Hotel Sri Pelangi, Segamat jam 10.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, Laporan & Penyata Kewangan Tritahunan 2005/2008 akan diedarkan kepada semua ahli melalui semua wakil sekolah.

Seperti yang saudara/saudari sedia maklum, kos penghantaran Pos Malaysia telah meningkat dan dijangkakan RM 20,000 hingga RM 25,000 diperlukan untuk proses penghantaran laporan berkenaan.

Oleh yang demikian, saudara/saudari perlu menghubungi Ahli Jawatankuasa daerah masing-masing seperti berikut mulai 1 Jun, 2008.

Read more...
Hadiah Pelajaran PMR dan STPM 2008

Ahli KPPK Johor yang anaknya menduduki Peperiksaan PMR/STPM 2007 dipersilakan memohon Hadiah Pelajaran.

Syarat-syarat permohonan:

1. Mendapat semua A bagi mata pelajaran yang diambil (PMR).

2. Mendapat sekurang-kurangnya 4A (STPM).

3. Sertakan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan.

4. Sertakan salinan sijil beranak anak.

5. Sertakan salinan Kad Pengenalan anak.

6. Permohonan mesti sampai ke KPPK Johor dalam tempoh 30 hari selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan secara rasmi.

7. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

8. Pembayaran akan dibuat pada bulan MEI 2008.

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan.

Seminar Pendidikan Dan 4 Bahasa 2008

Ahli-ahli KPPK Johor berpeluang menyertai seminar tersebut pada bulan September 2008 di Pulau Langkawi, Kedah. Cuti Tanpa Rekod akan diuruskan. Oleh itu saudara/saudari dikehendaki merekrut enam ahli baru mulai bulan November 2007 hingga Ogos 2008. Tempat berdasarkan siapa cepat dia dapat.

<< Start < Previous 21 22 23 24 25 26 27 28 29 Next > End >>

Results 101 - 104 of 115
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.