KPPK Johor |
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Hak Seorang Ahli

Hak bagi ahli biasa terbahagi kepada 3 aspek :

a) Hak Pengundian:

  • Ahli Biasa boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana ahli yang berminat untuk bertanding bagi mana-mana jawatan.
  • Ahli Biasa layak untuk mengundi dalam kelakuan rahsia semasa pilihanraya cawangan atau ibupejabat.
  • Ahli Biasa mempunyai hak untuk bertanding dalam mana-mana jawatan samada di peringkat cawangan atau ibupejabat berdasarkan jawatan kosong.
  • Hak untuk terpilih sebagai Pemegang Amanah, Audit Dalaman, Pemeriksa Undi atau Penimbang Tara.


b) Hak Kewangan:

  • Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan.
  • Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.
  • Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
  • Hak ke atas pemeriksaan Buku Pendaftaran dan Akaun Kesatuan.
  • Hak untuk membuat aduan bertulis kepada Audit Dalaman mengenai penyelewengan kewangan.

c) Lain-lain Hak:

  • Hak untuk merahsia pengundian bertulis ke atas pindaan undang-undang KPPK merujuk kepada peningkatan yuran keahlian atau perkara berkaitan pengurangan manfaat kepada ahli-ahli.
  • Hak untuk membuat rujukan bertulis berkaitan percanggahan industri ke Setiausaha Cawangan.
  • Boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KPPK.
  • Boleh menikmati penerbitan siaran KPPK dari masa ke semasa.
  • Boleh menyertai mana-mana Skim Insurans yang diperkenalkan oleh KPPK.
  • Jika terdapat tindakan disiplin diambil ke atas ahli, kes tersebut akan dirujuk kepada Tribunal Pengadilan dan merayu kepada Delegasi Persidangan, jika didapati bersalah oleh Tribunal Pengadilan.
Jenis Keahlian

Terdapat 3 jenis keahlian :

A) Keahlian Biasa :

Permohonan untuk menjadi ahli mesti dibuat dan mendapat pengesahan dari mana-mana cawangan KPPK, dimana mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan permohonan tersebut tanpa memberi alasan yang munasabah (P3.2). Syarat asas untuk menjadi ahli perlu menjadi guru di sekolah kerajaan dan berumur 18 tahun ke atas.

 

B)Keahlian Bersekutu :

Terbuka kepada semua ahli yang bersara atau berhenti dari mengajar. Yuran tahunan hanya RM 6.00. Ahli adalah layak untuk melanggan Tabung Khairat Kematian.

 

C)Keahlian Kehormat :

Keahlian dianugerahkan kepada mana-mana ahli atau individu yang menyumbang perkhidmatan cemerlang kepada KPPK atau profesion perguruan. Keahlian diluluskan oleh para delegasi persidangan yang diakui oleh Lembaga Eksekutif. Keahlian Kehormat tidak mempunyai hak mengundi tetapi mempunyai semua hak lain seperti ahli biasa.

Tabung Kebajikan
  • Telah menjadi ahli selama tiga tahun berkuatkuasa 1 Januari 2004.
  • Pembayaran akan dibuat serta-merta sebaik sahaja pengesahan dokumen oleh cawangan.
  • Hanya ahli-ahli KPPK yang berfaedah serta menjelaskan bayaran untuk Tabung Kebajikan layak untuk faedah-faedah dari Tabung ini.
  • Semua permohonan mesti dikemukakan dalam tempoh sebulan keputusan diumumkan / insiden berlaku.
  • Permohonan dikemukakan melalui cawangan anda.


Sehingga Oktober 2017, amaun tuntutan Tabung Kebajikan yang telah dibayar kepada ahli sebanyak RM31 JUTA.

 

Tabung Kebajikan Untuk Ahli KPPK

Jenis Tuntutan

Amaun Tuntutan

Tarikh Mula

Kematian Ahli (Biasa)

RM 2,000.00

1.4.2003

Kematian Ahli (Kemalangan)

RM 3,000.00

1.4.2003

Kematian Suami / Isteri (Bukan Ahli)

RM 500.00

1.1.2003

Kematian Anak

RM 200.00

1.4.1999

Kematian Ibubapa

RM 200.00

1.4.2009

Pendidikan – SPM (7A dan ke atas)

RM 100.00

1.4.1999

Persaraan Wajib 55-60 tahun
(Kurang dari 10 tahun)

RM 200.00

15.7.2012

Persaraan Wajib 55-60 tahun
(Genap 10 tahun tetapi kurang dari 20 tahun)

RM 400.00

15.7.2012

Persaraan Wajib 55-60 tahun
(Genap 20 tahun tetapi kurang dari 30 tahun)

RM 600.00

15.7.2012

Persaraan Wajib 55-60 tahun
(Genap 30 tahun dan ke atas)

RM 1000.00

15.7.2012

Penyakit Kritikal (mengikut kes)

RM 2000.00

15.7.2012

Ijazah Sarjana Muda / Master / Ph.D

RM 100.00

1.4.2009

Bencana Alam (Bersyarat)

RM 500.00

1.1.2003

<< Start < Previous 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Next > End >>

Results 109 - 112 of 117
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.