KPPK Johor |
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
Tabung Khairat Kematian

Tabung Khairat Kematian (TKK) diwujudkan pada tahun 1974. Kini Tabung ini mempunyai dana sebanyak RM8 juta ringgit.

Dalam kes kematian ahli, waris ahli boleh membuat tuntutan dari Tabung Khairat Kematian NUTP mengikut kadar seperti berikut:

 

Tempoh Keahlian Berterusan

Jumlah

6 bulan ke 1 tahun

RM 300.00

Melebihi 1 tahun hingga 5 tahun

RM 1,500.00

Melebihi 5 tahun hingga 10 tahun

RM 2,000.00

Melebihi 10 tahun hingga 15 tahun

RM 2,500.00

Melebihi 15 tahun hingga 20 tahun

RM 3,000.00

Melebihi 20 tahun

RM 3,500.00

Kadar ini dilaksanakan mulai 01 November 2010.

 

Pembayaran ini hanya akan dibuat kepada waris Ahli/Ahli Bersekutu NUTP yang berfaedah (in benefit)

Koperasi KPPK

Ditubuhkan pada 17 Disember 1994. Objektif koperasi adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi. Ia terbuka kepada semua ahli KPPK. Pinjaman yang disediakan dibawah Koperasi KPPK adalah seperti dibawah :

  • Yuran minima adalah RM 20.00 sebulan.
  • Pinjaman tanpa penjamin sehingga RM10,000.
  • Pinjaman Tergempar dari RM1,000 ke RM 3,000.
Mengenai Kami

Matlamat KPPK

KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Ia juga berjuang untuk meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.

 

Keistimewaan KPPK

  • Kesatuan yang terbesar dalam Perkhidmatan Awam.
  • Kesatuan guru yang tunggal di dalam Cuepacs.
  • KPPK menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
  • Pengasas Asean Council of Teachers (ACT).
  • Anggota tunggal dari Malaysia dalam “Education International”.
  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan agensi-agensi lain melalui Education International.
<< Start < Previous 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Next > End >>

Results 113 - 116 of 118
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.