KPPK Johor |
Carian :
Laman Utama
Berita/Aktiviti
Pautan
Mengenai Kami
Keahlian
Perkhidmatan
Insuran
Muat Turun
 
 
 
SKIM ALTERNATIF GS2072 LIVIN'PAY

Skim Alternatif GS2072 Livin'Pay Bentuk Tradisional Bagi Ahli NUTP

Pilihan 1

   a)  Kepada semua ahli yang menyertai skim GS 2072 Livin'Pay (Skim  tradisional) akan terus menikmati skim ini sehingga tarikh matang polisi.  Setiap individu akan diberi faedah berdasarkan polisi dan perjanjian serta keputusan yang telah dipesetujui antara NUTP dan Great Eastern

   b)  Mulai 30 September 2008 semua ahli yang ingin menyertai Skim GS2072 mestilah berumur 30 tahun ke bawah.

   c)  Ketua cawangan diminta memaklumkan perkara tersebut kepada setiap ahli dari semasa ke semasa.

Pilihan  2  Skim Alternatif (Skim Dana Lion Balanced)

Great Eastern telah memperkenalkan skim pelaburan seperti skim Dana Restu untuk membolehkan ahli menyertai

    a)  Ahli yang masih menganggotai skim GS 2072 Livin'Pay yang ingin bertukar ke Skim Alternatif adalah layak untuk menikmati faedah yang ditawarkan seperti berikut :-

     i)   Pembelian unit bagi Dana Lion Balanced adalah berdasarkan nilai pulangan tetap  +  bonus (jika ada)  +  insentif tambahan sebanyak 5% daripada nilai pulangan tetap

     ii)   Pemansuhan Caj 10% yang dikenakan ke atas penyerahan tunai.

    iii)   Pembelian unit pelaburan dibeli adalah berdasarkan harga bida semasa.

 

NUTP - INSURAN
Read more...
SEMINAR 4 BAHASA

Saudara/Saudari

Seminar 4 Bahasa

  •   Bahasa  Melayu
  •   Bahasa  Inggeris
  •   Bahasa  Cina
  •   Bahasa  Tamil

Sukacita  dimaklumkan  bahawa  permohonan  saudara/saudari  untuk  menyertai  Seminar  4  Bahasa  anjuran  KPPK Cawangan  Johor  pada  11  &  12  Oktober, 2008  di  Hotel  Katerina,  Batu  Pahat,  Johor  telah selamat  kami  terima.

Oleh  kerana  kami  menerima  terlalu  banyak  permohonan  maka  saudara/saudari  yang  benar-benar  berminat  diminta  mengirimkan  sekeping  cek (cek  sahaja) atas  nama  'KPPK  Cawangan  Johor'  bernilai  RM50.00 .  Cek  akan  dikembalikan  pada  hari  saudara/saudari  mendaftarkan  diri  di  hotel  kelak.

     a.  Sila  lengkapkan  butiran  di  bawah  dan  hantarkan  ke  Pejabat  KPPK  Cawangan  Johor  bersama-sama  cek  yang berkaitan  untuk  tindakan  kami.

 

....................................potong  di  sini ......................................................

      Nama  :  .............................................................

      No. Ahli  : ..............................  No. K/P (baru)  : .......................................

     Sekolah  : ............................................................................................

     Jantina   :  Lelaki/Perempuan  ( untuk  penempatan  bilik )                                                      (potong yang tidak  berkenaan )

 

 

 

Bersama-sama  ini dilampirkan  sesalinan  jadual  Seminar  4  Bahasa  yang  saudara/saudari  pilih  sebagai  rujukan.

Tarikh  tutup  pengiriman  cek  dan  butiran  yang  diperlukan  adalah  22  September, 2008.

 Sekian,  dimaklumkan.   Terima  kasih.

 

Yang  benar,

( TEY  MENG  SENG )                                                                                                          Setiausaha                                                                                                                                 

KPPK  Cawangan  Johor

 

                                                   

<< Start < Previous 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Next > End >>

Results 93 - 96 of 118
 
   
     

 
 

KPPK JOHOR is a National Union of the Teaching Profession.